Tuesday, 26 September 2017

1.0       PENGENALAN


Cangkerang ialah bahagian keras pada badan sesetengah haiwan seperti siput, kura-kura, penyu dan sebagainya. Fungsi cangkerang ialah untuk melindungi haiwan tersebut daripada musuh (haiwan pemangsa). Kita juga dapat melihat cengkerang-cengkerang yang pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik di pantai-pantai di negara kita terutamannya di Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. Tetapi pernahkah kita terfikir apa yang boleh dibuat dengan kulit cengkerang?. Kita selalu lihat kulit cengkerang akan dihiasi dengan warna yang menarik, disapukan kertas kelip-kelip dan sebagainya untuk hiasan tidak kira di dalam rumah, dalam kereta, tandas dan sebagainya. Kami akan menciptakan produk yang boleh dihasilkan dengan kulit cengkerang iaitu kami akan mencipta bekas kotak tisu@bekas lilin daripada cengkerang. Walapun ia nampak mudah biasa, tetapi ia dapat menarik perhatian dari penduduk luar negara.

2.0      OBJEKTIF PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.

·    Memudahkan pengguna untuk menyimpan tisu daripada berselerak terutamanya di warung-warung makan atau restoran.
·    Mempromosikan hasil produk buatan Malaysia kepada pelancong dari luar negara.
·  Untuk memberikan idea olahan kepada penggemar barangan atau kraf tangan daripada sumber laut.
·     Untuk menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk melawat Malaysia.
·     Untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan selain dijadikan sebagai hiasan.

3.0      CIRI-CIRI PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.

·         Mudah dibawa kemana sahaja.
·         Kuat dan kukuh.
·         Selamat digunakan .
·    Tidak menggunakan bahan atau kimia yang berbahaya untuk kesihatan pengguna.
·         100% daripada sumber asli.
·         Ringan.
·         Tahan lasak dan air.

4.0TARGET USER ( SASARAN PENGGUNA)

4.1 Pelajar
      Pelajar terutamanya student Kolej atau Universiti dapat menggunakan kerana
      Ia amat mudah digunakan. Selain itu juga, pelajar juga dapat menitikberat
      keaslian produk itu dan berasa bangga membeli barangan produk Malaysia.

4.2 Suri Rumah
      Kita tahu dimana kaum wanita di Malaysia inginkan kekemasan tidak kira dari
      sudut pakaian, wangian, perabot rumah dan sebagai. Dengan pembelian
      produk ini, mereka dapat meletakkan tisu ke dalamnya lalu diletakkan di
      ruang tamu atau meja makan. Ia akan menambahkan lagi seri lagi suasana
      tempat tersebut.

4.3 Restoran@ Kedai Makan
      Pekerja di kedai makan juga dapat menggunakannya untuk meletakkan tisu
      ke dalamnya. Ia sangat sesuai kerana ia akan memberi tarikan yang menarik
      kepada pelanggan yang makan disitu.

4.4 Kedai Kraf Tangan
      Pekerja di kedai tersebut dapat membantu untuk mempromosikan produk
      kami sekaligus dapat bekerjasama untuk memperbanyakkan lagi
      penghasilan produk tersebut.

 5.0 ALATAN-ALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCIPTA PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.


1.    Hot Glue Gun.
2.    Warna air ( pelbagai jenis warna).
3.    Berus warna.
4.    Permanent marker ( pelbagai jenis warna).
5.    Serbuk glitter ( pelbagai jenis warna).
6.    Spray kekal.
7.    Bekas kotak tisu yang kosong atau dikeluarkan tisunya terlebih dahulu.
8.    Cengkerang yang bersih ( tidak kira bentuk atau warna).
9.    Mata mainan.
10.  Hairdryer ( pengering rambut).
11.  Bulu mainan.
 6.0      GAMBAR BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN.












7.0 LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN KOTAK TISU “KEBAL”

1. Sediakan bahan yang sesuai untuk produk tersebut seperti kotak tisu, water colour, hot glue gun, kertas testpad, bulu hiasan, gam gliter, gunting, gam cair dan cengkerang.


2. Pertama, gunting kertas testpad mengikut ukuran pada atas kotak lalu gamkannya menggunakan gam cair.


3. Kedua, mewarnakan cengkerang tersebut menggunakan water colour. Selepas itu gunakan hair dryer untuk keringkannya.

4. Ketiga, tampal cengkerang tersebut di setiap bahagian kotak dengan menggunakan hot glue gun.

5. Keempat, gam bulu hiasan tersebut menggunakan hot glue gun dan tampal di bahagian belakang kotak.

 6. Kelima, hias kerang tersebut mengunakan gam gliter. Gunakan hair dryer semula untuk keringkannya. Hasilnya akan siap selepas dikeringkan selama 1 jam.


 8.0 CARA PEMASARAN


KAEDAH ONLINE
(JUALAN DALAM TALIAN)


1. Membuka portal yang bernama“Cengkerang Kasih” di Google.
2. Penjualan melalui Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram, Wechat.
3. Membuka blog
4. Membuat iklan promosi di media massa

KAEDAH OFFLINE
(JUALAN BUKAN ATAS TALIAN)

1. Memasang banting di tepi jalan, kaki lima, pasaraya besar dan sebagainya.
2. Mengedarkan risalah di setiap rumah, pasaraya dan lain-lain kawasan yang sering  dikunjung orang.
3. Membuka kiosk
4. Menyertai hari keusahawan, hari makanan mahupun expo jualan murah.

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulan disini pengguna dapat menggunakan hasil daripada produk yang kami hasilkan dengan tanpa perasaan risau dan was-was kerana produk yang kami hasilkan ini 99% bahan semula jadi dan selebihnya kami menggunakan produk dari luar. Walapun produk yang kami hasilkan ini tidaklah seberapa canggih seperti produk-produk diluar sana, tetapi ia dapat memberi banyak manfaat kepada diri kita malah kepada orang lain tidak kira umur atau bangsa. Kami akan berusaha untuk meningkatkan produktiviti kami sampai ke luar Negara dan kami akan berusaha juga untuk mencipta lebih banyak produk-produk baharu yang lebih cantik, menawan dan berkualiti dan pastinya kami menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan yang terlarang. Sebarang masalah atau rujukan boleh menghubungi kami di talian segera iaitu 011-24024178( M.FIKRI) ataupun terus menelefon ke talian cawangan kami “ CENGKERANG KASIH” ( 04-048669776).
















No comments:

Post a Comment