VIDEO CARA PEMBUATAN
CENGKERANG KASIH :)
Hi, Iam Nur Afifah
Tuesday, 26 September 2017
1.0
PENGENALAN
Cangkerang ialah bahagian keras pada badan
sesetengah haiwan seperti siput, kura-kura, penyu dan sebagainya. Fungsi
cangkerang ialah untuk melindungi haiwan tersebut daripada musuh (haiwan
pemangsa). Kita juga dapat melihat cengkerang-cengkerang yang pelbagai jenis
warna dan bentuk yang menarik di pantai-pantai di negara kita terutamannya di
Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. Tetapi pernahkah kita terfikir apa yang boleh
dibuat dengan kulit cengkerang?. Kita selalu lihat kulit cengkerang akan
dihiasi dengan warna yang menarik, disapukan kertas kelip-kelip dan sebagainya
untuk hiasan tidak kira di dalam rumah, dalam kereta, tandas dan sebagainya.
Kami akan menciptakan produk yang boleh dihasilkan dengan
kulit cengkerang iaitu kami akan mencipta bekas kotak tisu@bekas lilin daripada
cengkerang. Walapun ia nampak mudah biasa, tetapi ia dapat menarik perhatian
dari penduduk luar negara.
2.0
OBJEKTIF
PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.
· Memudahkan pengguna untuk menyimpan tisu
daripada berselerak terutamanya di warung-warung makan atau restoran.
· Mempromosikan hasil produk buatan Malaysia
kepada pelancong dari luar negara.
· Untuk memberikan idea olahan kepada penggemar
barangan atau kraf tangan daripada sumber laut.
· Untuk menarik perhatian pelancong dari luar
negara untuk melawat Malaysia.
· Untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan
selain dijadikan sebagai hiasan.
3.0
CIRI-CIRI
PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.
·
Mudah dibawa kemana sahaja.
·
Kuat dan kukuh.
·
Selamat digunakan .
· Tidak menggunakan bahan atau kimia yang
berbahaya untuk kesihatan pengguna.
·
100% daripada sumber asli.
·
Ringan.
·
Tahan lasak dan air.
4.0TARGET
USER ( SASARAN PENGGUNA)
4.1 Pelajar
Pelajar terutamanya student Kolej atau
Universiti dapat menggunakan kerana
Ia amat mudah digunakan. Selain itu juga,
pelajar juga dapat menitikberat
keaslian produk itu dan berasa bangga
membeli barangan produk Malaysia.
4.2 Suri Rumah
Kita tahu dimana kaum wanita di Malaysia
inginkan kekemasan tidak kira dari
sudut pakaian, wangian, perabot rumah dan
sebagai. Dengan pembelian
produk ini, mereka dapat meletakkan tisu
ke dalamnya lalu diletakkan di
ruang tamu atau meja makan. Ia akan
menambahkan lagi seri lagi suasana
tempat tersebut.
4.3 Restoran@ Kedai Makan
Pekerja di kedai makan juga dapat
menggunakannya untuk meletakkan tisu
ke dalamnya. Ia sangat sesuai kerana ia
akan memberi tarikan yang menarik
kepada pelanggan yang makan disitu.
4.4 Kedai Kraf Tangan
Pekerja di kedai tersebut dapat membantu
untuk mempromosikan produk
kami sekaligus dapat bekerjasama untuk
memperbanyakkan lagi
penghasilan produk tersebut.
5.0 ALATAN-ALATAN
YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCIPTA PRODUK KOTAK TISU “KEBAL”.
1. Hot
Glue Gun.
2. Warna
air ( pelbagai jenis warna).
3. Berus
warna.
4. Permanent
marker ( pelbagai jenis warna).
5. Serbuk
glitter ( pelbagai jenis warna).
6. Spray
kekal.
7. Bekas
kotak tisu yang kosong atau dikeluarkan tisunya terlebih dahulu.
8. Cengkerang
yang bersih ( tidak kira bentuk atau warna).
9. Mata
mainan.
10. Hairdryer ( pengering rambut).
11. Bulu mainan.
6.0
GAMBAR
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN.
7.0
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN KOTAK TISU “KEBAL”
2.
Pertama, gunting kertas testpad mengikut ukuran pada atas kotak lalu gamkannya
menggunakan gam cair.
3.
Kedua, mewarnakan cengkerang tersebut menggunakan water colour. Selepas itu
gunakan hair dryer untuk keringkannya.
4.
Ketiga, tampal cengkerang tersebut di setiap bahagian kotak dengan menggunakan
hot glue gun.
5.
Keempat, gam bulu hiasan tersebut menggunakan hot glue gun dan tampal di
bahagian belakang kotak.
KAEDAH ONLINE
(JUALAN DALAM TALIAN)
|
1. Membuka portal yang
bernama“Cengkerang Kasih” di Google.
|
2. Penjualan melalui Facebook,
Instagram, Whatsapp, Telegram, Wechat.
|
3. Membuka blog
4. Membuat iklan promosi di media massa
KAEDAH OFFLINE
(JUALAN BUKAN ATAS TALIAN)
1. Memasang banting di
tepi jalan, kaki lima, pasaraya besar dan sebagainya.
3. Membuka kiosk
4. Menyertai hari
keusahawan, hari makanan mahupun expo jualan murah.
10.0
KESIMPULAN
Kesimpulan
disini pengguna dapat menggunakan hasil daripada produk yang kami hasilkan
dengan tanpa perasaan risau dan was-was kerana produk yang kami hasilkan ini
99% bahan semula jadi dan selebihnya kami menggunakan produk dari luar. Walapun
produk yang kami hasilkan ini tidaklah seberapa canggih seperti produk-produk
diluar sana, tetapi ia dapat memberi banyak manfaat kepada diri kita malah
kepada orang lain tidak kira umur atau bangsa. Kami akan berusaha untuk
meningkatkan produktiviti kami sampai ke luar Negara dan kami akan berusaha
juga untuk mencipta lebih banyak produk-produk baharu yang lebih cantik,
menawan dan berkualiti dan pastinya kami menggunakan bahan-bahan semula jadi
tanpa menggunakan bahan yang terlarang. Sebarang masalah atau rujukan boleh
menghubungi kami di talian segera iaitu 011-24024178( M.FIKRI) ataupun terus
menelefon ke talian cawangan kami “ CENGKERANG KASIH” ( 04-048669776).
Subscribe to:
Posts (Atom)